Hari ini di kantor. Suatu yang tak terduga telah berlaku. Dua sahabat baik bertelingkah hebat. Aku. Hanya memilih untuk diam di satu sudut memerhati. Malas mahu ikut campur. Pada aku, keduanya punya salah masing-masing yang tak seharusnya dihalakan pada satu sama lain. Tak mengapa. Mereka harus belajar. Satu ketika pasti akan tersedar juga salah di diri.
Seperti juga aku di kantor lama dulu. Sikapku yang keras memenangkan ego sendiri telah menimbulkan pertelingkahan dengan teman baik. Hanya kerana salah faham yang kecil. Masing-masing bermasam muka. Syukur tika itu aku berjaya tundukkan egoku. Menjadi yang pertama memohon maaf. Kini mengambil jalan yang lebih berhati-hati dalam perhubungan dengan yang lain. Agar tiada lagi menyalahertikan maksud mereka yang lain.
Mengalah bukan berarti kita kalah. Tapi, jika itu langkah terbaik untuk baiki keadaan. Tak salahkan?


9 comments:
mengalah yg bijak adalah yg terbaik!
betul.aku setuju sangat.
apabila sibuk mencari salah orang, kita tak nampak salah sendiri.
agreed . kadang kita nampak apa harus buat , apa jalan penyelesaian , tapi itu lah . untuk mulakan , susah .
Pembunuh Tanpa Bayang :
memang tak salah.tapi bila memikirkan ego bila diri bukan di pihak yang salah bagaimana?
ada masa dimana kita perlu mengalah walaupun bukan kita yang bersalah. terutama dalam persahabatan. kadang-kadang dia tak sedar masa itu. tapi, satu hari nanti mungkin dia sedar. =)
diam bukan kalah kepada yang bijak... dan kalah adalah ayat yang paling mudah kepada si dunggu...
p/s: paling bijak dalama menyelesaikan masalah adalah menggunakan 'ilmu' yang DIA hadiahkan... sebaik mungkin...
sayapun pernah menurut darah muda. hasilnya, ada kerosakan yang berparut walaupun sembuh.
aku pilih untuk diam diri
Post a Comment