Saturday, September 24, 2011

Degil Bijak vs Degil Bodoh~


Pernah dulu aku bicara tentang degil. Ternyata rupanya degil itu punya dua kategori. Degil Bodoh dan Degil Bijak. Bagi manusia yang degilnya disertakan kebijaksanaan, lebih untung yang didapati. Bagi manusia yang degilnya hanya kerana kebodohannya, akan malang saja yang dihadapi. 

Kini aku belajar dari kedegilan sendiri dan kebodohan aku yang memusnahkan diri. Kagum aku dengan manusia yang biarkan hasad dengki merajai hati. Mungkin hari ini mereka bisa bermegah dengan kejayaan, satu hari pasti terbuka jua hijab. Biar tersungkur rebah jatuh ke bumi. Terlalu hebat mereka dalam mengeji.

Usah terlalu mudah mempercayai, apa saja yang indah di depanmu. Busuknya di belakang, ada yang tak dijangkai. Semakin lama aku hidup, semakin banyak yang aku sedar. Mungkin hikmahnya, untuk aku jadi lebih tabah dan lebih bijak mengatur langkah dalam dunia fana. Buat kalian, terima kasih tak terhingga kerna mengajar aku jadi aku

   

18 comments:

dill said...

degil bodoh lebih kurang mcm bodoh sombong. usah lakukan sesuatu yang boleh memberi impak teruk pd diri sendiri.

saye tau awak boleh ^^

dill.

~Kenanga Suchi~ said...

dill:
ya.
begitulah agaknya.
bodohkan?
haha


mencuba untuk jadi lebih bijak
agar tak diperbodohkan lagi

Unknown said...

ilmu itu ada dua. yang diajar manusia dan diajar tuhan.

ilmu dari buku, ilmu tuhan.
ilmu dari pengalaman, ilmu dari manusia.

terus menjadi degil. kamu tak akan tahu ianya degil bodoh atau degil pandai selagi belum berjumpa konklusi permasalahan.

setiap tindakan akan disusuli beberapa kemungkinan. ini percaturan.

~Kenanga Suchi~ said...

dayya:
aku hadapi percaturan hidup ini.
belajar untuk lebih teliti.
agar tidak diperbodohkan lagi.

Cikli said...

degil bijak tu lagumana ye?

Unknown said...

aku doakan yang baik baik saja untuk kamu. oke sweet heart?hehe.

bila blog bercerita said...

org yg bijak adalah org yg memberi pluang kpd dirinye utk terus mencari ilmu...namun, jgn pula nak bermegah dgn ape yg dri miliki krane itu semua kpunyaan DIA...

~Kenanga Suchi~ said...

Cikli:
degil bijak tu...
walau degil, tapi tetap pandai membawa diri dalam hidup agar tidak meletakkan diri ke kancah yang hina...
dengan berpaksikan Tuhan yang maha Agung~

~Kenanga Suchi~ said...

dayya:
aku juga berharap semuanya baik-baik saja selepas ini...
insyaAllah~

terima kasih dayya~
=)

~Kenanga Suchi~ said...

bila blog bercerita:
ya.
kamu benar.
aku pernah khilaf dalam meniti hidup.
kini aku mahu kembali~

ewanthology said...

klu dah namanya degil..org bagi nasihat pun tak guna

~Kenanga Suchi~ said...

delarocha:
itulah sebabnya jika mahu degil
jadilah degil yg bijak
agar tidak tersasar~

shizuka said...

kadang-kadang degil tu perlu sis .



manusia itu , kalau jenis yang tak boleh tengok orang lebih darinya sampai bila pun hidup xkan tenang.
kejian cacian mereka kadang2 sebab sakit hati je.bodoh~



*miss u too sissss . zuka senyap sbb ade prob sikit.doakan zuka cpt2 selesaikan bnda ni ye :)

~Kenanga Suchi~ said...

shizuka:
degil itu = tegas~
=)

biarkan saja mereka mengeji zuka.
Tuhan tahu apa di hati kita.
=)


*sis doakan zuka selalu di dlm lingkungan rahmatNYA.
jaga diri zuka.
masalah akan selalu ada.
kita kena kuat~

monologtinism said...

yang diseliling itu semuanya ujian.
tak kira kecil tak kira besar.

ya,degil bijak tak apa.
malangnya saya ini selalu degil terburu-buru T_T

~Kenanga Suchi~ said...

monologtinism:
degil terburu-buru lagi bahaya.
=)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kadang2 kedegilan kita yang membuatkan kita xnampk kebodohan kita tu kn :)

~Kenanga Suchi~ said...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine:
ya.
terlalu degil mengikut rasa hati.
buat kita jadi buta dalam menilai.