Semalam. Sang durjana laknatullah itu membisikkan kata-kata manis ke hatiku. Agar terus aku mengkecam mereka yang menyakitiku. Lama aku terdiam. Seakan ingin setuju di mulanya. Tiba-tiba jantung aku direntap kasar. Hati ditikam bertubi-tubi hingga lumat jadinya. Jiwaku nanar. Dadaku sesak amat. Tika itu aku sedar. Bahwa amarahku kian memuncak.
Amarah itu. Bila sudah gagal dikawal, ia perosak jiwa. Bila ia sudah merajai hati. Segala yang pernah terlafaz akan kita lupa. Lupa janji yang pernah dilakar. Lupa maaf yang pernah diberi. Lupa segala kebaikan yang pernah kita perolehi. Hanya ingin memberontak lalu membuka ruang untuk sang laknatullah itu memamah rakus hati dan jiwa. Di penghujungnya, hanya kesakitan yang didapati dan sang durjana itu bersorak kemenangan.
Tenanglah wahai jiwa dan hati. Yakinlah kau pada janji-janji-NYA. Hikmah itu ada disebalik tiap kejadiannya.


18 comments:
ambillah wuduk utk tenangkan diri..^_^..
singgah sini
kawal nafsu amarah tu.. syaitan durjana tu memang kerja die menghasut kita wat kejahatan.... iman dada perlu kental...
Nur Zulaikha:
insyaAllah~
thanks dear
=)
amarah amaki acarut semuanya siblings
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine:
aku selalu mencuba
untuk kawal
moga terus kuat
Cikli:
ya
=D
tenanglah wahai hati..=)
tak kira walau apa, sentiasa berusaha halang hasutan makhluk bertanduk itu.
hati, jaga sebaiknya =)
duduklah jika kamu sedang berdiri dan berbaringlah jika kamu duduk, atau bangunlah berdiri jika kamu sedang berbaring ketika marah. :)
insyaAllah, akan kurang sikit rasa.
jangan jadi macam aku.baran tak tawu nak kawal sampai nyesal.
tenangkan lah hati dengan zikrullah...syaitan akan tetap cube untuk menghasut manusia walau dengan apa cara sekalipun...sentiasalah beringat kepada-NYA...semoga dikau dapat mengawal amarahmu...
hikmah itu tidak pernah menjanjikan kesedihannn~
amarah dari syaitan, syaitan dari api, amik wuduk la kasi padam Itu API
monologtinism:
jahatkan makhluk tu
buat aku sakit
aku mesti halang dia
dayya:
aku belum pernah cuba begitu
thanks dayya~
penjajah minda:
aku tak mahu nyesal kemudian hari
aku cuba bersabar~
bila blog bercerita:
sedang berusaha memperkuatkan hatiku dgn zikrullah.
insyaAllah dia akan kalah.
aimie amalina:
ya
aku tetap yakin dengan janji-NYA.
=)
ORLANDO AHMAD:
=)
Post a Comment