Saturday, October 01, 2011

Diri Ini~


Hidup ini satu misteri. Satu demi satu aku selak. Hingga semakin nampak yang aku tidak pernah sedar satu masa dulu. Tika itu, aku bisik sama hati. Jalan saja di atas lantai landai Ilahi yang sementara ini. Tak perlu aku fikir tentang masa depan yang bakal dilalui. Kata orang, 'just go with the flow'. Seumpama hidup aku dulu tiada nampak apa yang aku ingin di hujung. Cuma menerima tegar yang Tuhan beri.  Apa yang aku lakukan, hanya demi yang lain, bukan diri ini.

Kini. Semakin aku sedar, semakin banyak impian aku ingin penuhi. Mula belajar menghargai diri. Mula kenal erti harga diri. Mula punya cita yang ingin aku genggami. Mula punya kuat untuk tepis yang merosakkan diri. Aku ingin maju, selangkah demi selangkah. Kejar yang aku impi. Agar mimpi aku menjadi realiti. Agar aku tidak dipijak lagi. Agar aku tidak dihina lagi. Oleh mereka yang suka mengeji. Seakan mereka terlalu tinggi. Tunggu. Insan yang bodoh dan hina ini akan buktikan. Bahawa aku juga layak bertapak di bumi Ilahi ini.

 

8 comments:

aamalinaazman said...

alhamdulillah =]

intan.maisarah said...

kita sama sama buktikan pada mereka bahawa kita tidak layak dicaci, kita tak layak dimaki

:)

ghost said...

semua punya HAK mendiami dan berdiri sendiri.tiada siapa yang mampu menegahnya,kecuali yang punya HAK ke atas kita.

ewanthology said...

melonjak lebih tinggi. ucapkan selamat datang kepada dunia.

monologtinism said...

baru kini
tahu dan sedar apa dia kemahuan hati

yang pasti redha Illahi itu sentiasa menjadi asas utama kemahuan hati

penjajah minda said...

go girl! go! =)

Cikli said...

sedar DIRI adalah terbaik

pisau belati said...

teruskan perjalanan kamu jika benar kamu yakin itu yang terbaik buat diri kamu.cakap-cakap orang ada kalanya racun yang bisa melumpuhkan kamu.jadi,berhati-hatilah...