Monday, September 05, 2011

Tersirat Pohon Dosa~


Pelbagai kesimpulan boleh dibuat tentang pohon dosa itu. Tapi, kuncinya pada tajuk itu. Pohon Dosa. Pohon pertama yang indah itulah pohon dosa. Manusia itu, kita yang tuhan kirim ke dunia. Jalan itu, dunia tempat kita bermusafir sebelum ke negeri abadi. 

Dalam perjalanan itu, ada dua pohon yang akan kita temu. Ada juga tiga macam kita. Ada yang tanpa memikir soal pahala dosa, terus meluru lantas memetik hasil dari pohon dosa itu. Ada juga yang tahu pohon itu pohon dosa. Tapi tetap menuju ke pohon itu dalam diam. Mengambil hasil, lalu senyap-senyap menyorokkan buah dosa itu dalam koceknya. Kemudian, tuju pula ke arah pohon di seberang itu. Menikmati hasilnya di situ. Jika menginsafi dirinya, Alhamdulillah. Jika hanya ingin berpura, MasyaAllah. Ada juga yang tenang memikir dahulu agar terang jalan yang dilaluinya. Mengambil keputusan ke arah pohon di seberang itu, walau amat sukar istiqamah sebenarnya. Tapi, tekad dan azam yang ada, buat dia akhirnya menikmati bahagia jauh dari pohon dosa.

Kita? Yang mana satu? Pasti ramai yang kedua itu mungkin… Aku juga pastinya~


22 comments:

penjajah minda said...

oh nie cerita sebenar dalam entri bawah kan? err tak tahu yang mana satu.pastinya lebih pada yang kedua.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sekarang ne memang susah nak kenal antara dosa dan pahala.. selamat hari raya :)

Unknown said...

kita menjadi mana-mana yang perlu ikut situasi.

sebenarnya begitu.

~Kenanga Suchi~ said...

penjajah minda: bukan mudah mahu jadi yang ketiga. tapi sekurangnya perlu hindari jadi yang pertama.

~Kenanga Suchi~ said...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine:
kita diberi akal untuk kenal itu.jangan sia-siakan.


selamat hari raya juga buat kamu. =)

~Kenanga Suchi~ said...

dayya:
mungkin.
perlu pilih yang terbaik.

aamalinaazman said...

terkesima dgn ini
huuuuuuu
semoga memilih pohon yg jelas dgn fitrah-Nya =]

ewanthology said...

oooo begitu

~Kenanga Suchi~ said...

aimie amalina:
pilih yang terbaik.
untuk hasil yang terbaik.

~Kenanga Suchi~ said...

delarocha:
ya begitu lah alkisahnya.

dill said...

berdoa supaya menjadi yang ketiga.

dill.

Cikli said...

kalau itu ceritanya, saya fail. adush.

~Kenanga Suchi~ said...

dill:
ameen~

~Kenanga Suchi~ said...

Cikli:
usaha pasti berjaya.

Bidadari Syurga said...

secara jujurnya istiqamah itu paling akak dambakan... bersama dengan DIA... tak kira manapun takpalah... janji dengan DIA aja...

hanaahmad said...

kita yang membawa ke arah jalan yang dipilih. selamat hari raya KH. :)

~Kenanga Suchi~ said...

Bidadari Syurga:
istiqamah tu yang paling adik lemah.
T___T

~Kenanga Suchi~ said...

hanaahmad:
ya hana.
selamat hari raya jugak.
maaf belom sempat mampir ke rumah hana.
belom bersedia.

pisau belati said...

tercari-cari di mana kelayakkan aku.....

~Kenanga Suchi~ said...

pisau belati:
cari.
pasti jumpa.

ghost said...

aku di antaranya.

~Kenanga Suchi~ said...

ghost writer:
aku juga.