Wednesday, August 31, 2011

Eid~

Ingin ucap...
Tapi...
Entahlah...
Emm...
Biarlah dulu...
Biar berlalu saja...
Eh...
Mana boleh macam tu...
Macam mana ya...
Ahhh...
Ungkapkan sajalah...
Apa susahnya...



Maafkan aku ya semua~
Aku mohon~
Beri aku peluang~
Jadi aku yang baru~
Moga-moga yang baik saja~
Untuk kita semua selamanya~

*Salam Aidilfitri buat kalian*





Friday, August 26, 2011

Merdeka~

 
Merdeka?
Sudahkah?
Tak usah lihat orang lain.
Cukup bogelkan hati aku.
Cukup bogelkan jiwa aku.
Gelap. Kosong. Suram.
Diri sendiri belum merdeka.
Untuk apa tunding ke lain.
Masih tenggelam dalam kelam.
Masih hilang dalam ramai.
Jiwa dan minda masih gagal.
Cari jalan menangkis masalah.
Gelojak jiwa ingin merubah.
Aku harap jadi nyata.
Merdekakan jiwaku.
Merdekakan hatiku.
Dari keji dan kotor.





Tuesday, August 23, 2011

Cabaran~


Bicara tentang hubungan tempoh hari, buat aku terfikir tentang cabaran. Manusia lebih gemar hubungan complicated itu. Kononnya manusia obseskan cabaran. Dia bakal mendabik dada pabila berjaya atasi cabaran yang mencabarnya. Namun jika terlampau tercabar dek cabaran yang mencabar, manusia lupa. Dia selalu rapuh dan goyah. Sukar setia berpegang pada paksi hakiki. Bukan ingin menafikan. Memang cabaran juga yang ajar manusia lebih tabah. Janji dia kuat pegang pada paksi hakiki yang Tuhan lakarkan. Untuk tidak terpesong ke landasan lain yang indah sementara. Ya. Bahagia sementara itu selalu ada. Asal cari pasti jumpa. Tapi. Bahagia hakiki? Belum pasti.


Friday, August 19, 2011

Peluang Kedua~


Aku pandang tepat mukanya. Dia mendongak. Buat muka kasihan. Huh! Aku capai pantas pistol itu. Acukan tepat ke kepalanya. Kali ini kamu pasti takkan terlepas lagi. Akan ku bidik tepat hingga kau mati tak bernyawa. Dia terjatuh melutut. Tepat di kaki aku. Mohon aku berikan peluang kedua. Peluang lagi! Aku letih. Ingin saja aku tamatkan semuanya. Biar aku benam sedalam-dalamnya kamu. Agar tiada lagi bermuka-muka denganku. Tiba-tiba aku tersentak. Pistol di tangan terlepas ke lantai. Aku jatuh. Melutut di depannya. Serentak itu empangan yang berkaca pecah berderai. Esakan aku memenuhi ruang. Dia kaget. Angkat wajah pandang aku. Hairan. Diam. Aku maafkan kamu. Hukuman bukan di tangan aku. Aku akur. Aku juga punya khilaf yang belum tentu Tuhan ampunkan. Ya, setiap orang wajar untuk diberi peluang kedua. Aku pegang ini. Kerna manusia pasti ada khilafnya. Beri masa dan peluang untuk dia tuju arah kebaikan itu. Percaya itu perlu ada jika ingin ubah keadaan. Buang rasa sangsi. Aku juga perlu peluang kedua itu. Untuk mara ke depan. Perlahan-lahan aku acukan senjata itu ke kepalaku. Lantas picu ditarik dan tembakan aku lepaskan. Selamat tinggal~ Moga muncul nyawa baru~


Saturday, August 13, 2011

Terbang sang Rama-rama~



Sang rama-rama itu... 
sudah punya sayap baru... 
punya nyawa baru... 
bangun setelah mati... 
ingin bebas terbang...
indah di angkasa...
ingin terus hinggap...
pada tangan-tangan...
yang sudi membelainya...



Dulu tika dia baru mahu  melangkah dari kepompong... disangkanya ada yang mahu mematahkan sayap itu kembali... ternyata... itu hanya khayalannya saja... dia yang berprasangka... tiada siapa yang mahu merosakkannya... hingga sang perwira itu mengejutkannya dari mimpi... lalu dia berjaga-jaga... kini... rasanya sudah tidak perlu lagi rasa ragu itu... hanya menutup indahnya pandangan sang rama-rama... terbanglah kau setingginya gapai indah~




Thursday, August 11, 2011

Hibernasi~

"Mana dia pergi...? lama aku tak nampak..." melihat sekeliling.

"Oh... dia dah takde... aku hibernasikan dia... selamat aku simpan di dalam peti di jurang yang dalam... tebing tinggi sekali... tak mungkin sesiapa dapat sampai ke situ... kecuali aku yang hantar..."

"Kenapa kau hibernasikan dia...?" termanggu sendiri.

"Supaya dia tak ganggu kau lagi... supaya dia diam di situ... sekarang aku yang kawal dia... dia degil... keras kepala... aku takut dia buat sesuatu yang boleh rosakkan kau... aku kena halang dia..."

"Tapi sampai bila kau nak biarkan dia di situ...?" tenang.

"Aku sendiri tak pasti... mungkin sampai dia betul-betul berputus asa tentang kau... atau buat selamanya aku benamkan saja dia di situ... kerna aku tahu... tak semudah itu dia nak lepaskan kau pergi... tapi kau jangan risau... aku kenal dia... aku pasti boleh kawal dia sebaiknya...

kerna aku dan dia adalah satu..."


Monday, August 08, 2011

Pening-pening Jumaat...

'Eh, dah pukul 12.30... letihnya... nak tido jap la kat masjid..."

Jalan kaki ke masjid...

Tidur... nyenyak sekali... almaklum laa bulan puasa camni...

Dalam mimpi~
Kenapa bunyi orang laki bising-bising ni...
Ah, biarlah...

Sambung tidur~

Terganggu lagi~
Kenapa awal pulak tazkirah Ramadhan tengah hari ni...
Hmm... beratnya kepala... tidur balik la...

Bunyi orang azan~
Bangun... gosok mata... nak pegi ambil air sembahyang...

Terpaku~
Kenapa nampak kelibat orang laki kat bahagian perempuan ni... hmm...



Okey! Hari ni hari Jumaat... terlupa~





*nasib baik tidur di ruang simpan kain telekung... kalau tak, maunya kena kejut dek lelaki-lelaki berkopiah~ malu!





Sunday, August 07, 2011

Kawan...


"Kamu genggam erat-erat ya... aku takkan lepaskan..."


Hujan yang menyapa buat otak aku ligat berfikir... jika orang lain sudah tarik selimut cuacanya begini... entah kenapa masih sukar lelapkan mata... biarpun semalaman tidak berada di alam mimpi... aku renung luar jendela... intai titisan yang basahkan bumi itu... otak masih ligat berfikir... fikir apa... sendiri masih tak pasti... teringat teman-teman yang menemani aku saban hari... seorang dari utara... dua di bahagian tengahnya... seorang lagi dari selatan... pejam celik sudah masuk 5 tahun ikatan yang terjalin... aku fahami mereka... mereka fahami aku... walau kadang pasti ada guris mengguris... itulah sebagai perasa dalam jalinan... mana mungkin cerahnya sentiasa... kadang datang juga gelombang menguji... syukurlah... hingga kini masih bersatu... biarpun pasti terpisah jua satu hari nanti dalam meniti haluan masing-masing... kenangan dan memori akan tetap abadi... selamanya~





Saturday, August 06, 2011

Karekter 6 | "Jump to conclusion"


"terlajak kata... bisa mengguris hati..."

 
Bukan ramai... mungkin cuma sedikit yang wujud... tapi kian dipendam... kian sakit di dada... tak bisakah fahami dulu maksud yang nak disampaikan... tak usah terus membuat konklusinya... menyalah tafsir tiap bait kata orang lain... walau hanya sekadar gurauan... fikirlah dulu sebelum berbicara... ya... kamu mungkin sensitif orangnya... tapi... jangan hanya mahu ambil hati... sedangkan maksud dia lain dalam berbicara... bukan mahu mengkecam kamu... hanya mahu mengingatkan saja... benar kata orang... susah sebenarnya mahu fahami butir bicara orang... kadang tersalah tafsir juga... jadi bagaimana mahu atasi?


Thursday, August 04, 2011

Ikhlas...

"Ambil pembaris jap..."
"Nak buat apa?"
"Nak ukur keikhlasan kau..."

Andainya ikhlas itu mampu diukur... sudah tentu banyak yang kita mau ukur bukan... kita buat pelbagai perkara... macam-macam... ke arah kebaikan... namun... ikhlaskah kita? Tengok pada solat sudah... ikhlaskah kita solat sujud rukuk tu? Sekadar memenuhi syarat? Tak pasti bukan... tapi hati boleh tahu kot... keikhlasan terletak pada hati... benar? Kalau buat apa-apa sekadar mahu mendapat pujian?  ~Ikhlaskah kita~




"Kadang keikhlasan sering dipertikaikan... dalam sedar atau tidak..."



Wednesday, August 03, 2011

Fasa...

Hidup punya fasa...

Ada fasa bahagia...
Ada fasa sengsara...
Ada fasa gembira...
Ada fasa derita...

Lari?
Tak mungkin boleh lari...
Kena hadap dengan berani...
Tenangkan diri~

Sakit?
Tak mengapa...
Akan sembuh...
Usah risau...
InsyaAllah~

Bahagia?
Alhamdulillah~
Bersyukurlah...
Usah riak...
Usah takabur...

Fasa sekarang~
Tenang barangkali~
Tidak berkocak~
Alhamdulillah~



"Dalam resah... aku mengharap..."