Saturday, September 10, 2011

Satu Janji~


 Sedetik aku ingat kembali waktu dulu, buat aku teringat semula janji itu. Janji yang aku telah lakarkan. Bukan kamu. Satu janji yang menuntut kekuatan hati. Biarpun detik itu, masih belum termaktub siapa kamu. Kedegilan aku tetap membara. Aku penuh yakin. Kamulah Sang Pelangi yang Tuhan hadiahkan untukku. Tika aku sedang terlupa, pelangi itu hadirnya sebentar cuma. Aku tetap yakin walau siapa pun kamu, indah tetap akan mewarnai. 'Kamu itu indah, tahu!'. Sepatah ayat yang aku laungkan. Gambaran jiwa aku yang penuh penghargaan buatmu. Detik demi detik kita lalui. Hingga tiba ke garisan ini. Aku semakin sedar. Janji yang aku lakarkan dulu, terlalu sukar aku leraikan. Bukan salah kamu. Salah itu pada pundakku. Maafkan aku. Aku yang melakar. Aku juga yang tak mampu tunaikan. Sedang kamu punya dunia lain yang tak mungkin dapat aku tembusi. Hanya satu yang aku pasti. Aku sudah melepaskan. Bebas untuk kamu menapak pergi. Cuma aku yang masih kaku tinggal di sini. Biarkan saja. Jangan pernah peduli. Jangan hentikan langkah itu. Aku cuma ingin merenung dari kejauhan. Melukiskan kekuatan demi kekuatan. Untuk aku lunaskan janji yang telah aku lakar dulu.        


12 comments:

ORLANDO AHMAD said...

suka tengok pelangi, tapi Gua tak dapat usik

hanaahmad said...

janji itu satu tanggungjawab berat. yakinlah pada diri sendiri, pasti tertunai segala janji.

monologtinism said...

pelangi itu indah..
tapi hanya ada setelah hujan.

Cikli said...

di hujung pelangi ada tempayan emas. cepat kikis sebelum pelangi menghilang.

perjalanan pulang said...

kasihan

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

janji hanya tinggal jani.. so, jgn terlampau mengharap :(

aamalinaazman said...

semoga janji itu kembali terlakar
walau lewat dr masa yg dijanjikan...

penjajah minda said...

pelangi petang - sudirman. aku pun macam dah nyesal berjanji.haishh

dill said...

tabah.

punya kekuatan tersendiri. janji ditepati walau separuh mati. cuba.

dill.

Bidadari Syurga said...

dia telah melalui pengembaraan dia sayang. dan pengembaraan kamu belum sudah. maka bersabarlah.. ketabahan tak akan ditemui dari luar... hati yang di dalamnya tersimpan DIA. ke temu dia tanpa DIA... memungkirkan kamu kabur sepanjang pengembaraan... ke temu DIA... insyallah yang molek2 sahaja kelak jadi milik kamu...

ewanthology said...

seperti pelangi petang, sukar untuk hadir tapi mudah untuk menghilang

Arai Lekir said...

mulut berkata itu dan ini apabila berjanji tapi bila mahu mulanaskan janji, mulut kata lain kepala menggeleng-geleng..