NORA ELENA... ramai yang mengenalinya dengan panggilan Elena... kerna baginya Nora telah mati sejak dirogol 10 tahun lalu... telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Eid... konflik dalaman timbul apabila Elena ingin berlaku jujur pada tunangnya untuk menceritakan kebenaran bahawa dia adalah seorang mangsa rogol... namun... akibat takut ditinggalkan tunangnya... Elena tidak terluahkan isi hatinya... perit bukan menanggung itu... jujur itu bukan suatu yang mudah... kekadang... risikonya terlalu tinggi... namun... bagiku... biarlah apa yang terjadi... jujur harus tetap ada...
Kemunculan Seth Tan telah merubah segalanya... EID, tunang Elena mula meragui kesetiaan Elena... timbul prasangka dalam hatinya bahawa Elena berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan Seth... dia terus membuat andaian sendiri tanpa mempedulikan pengakuan dari Elena... kerna dia lebih mempercayai apa yang dilihat dan didengarnya dari berfikir secara waras tentang semua itu... besar bukan pengaruh prasangka itu... tidak patut di ambil mudah kerna ianya dapat memusnahkan segalanya...segala-galanya yang dibina sekian lama...
Manakala, Seth pula... tidak terlintas langsung di hatinya untuk merampas Elina dari Eid... namun keadaan telah membuatkan dia terlihat sebagai seorang perampas di mata Eid... Seth ingin melihat Elina bahagia dengan Eid walaupun Seth masih mencintai Elina... Namun... akibat fitnah pembantu peribadinya, Yvonne... Seth akhirnya dipandang serong oleh Eid... Fitnah itu satu penyakit yang sedang menular deras dalam hidup manusia kini... mana pun kita lari akan ia kejar jua... bahaya... ya... terlalu bahaya fitnah itu... mampu menghancurkan segalanya... berhati-hatilah selalu...
Kita hanya penonton kepada drama itu... kita tahu perasaan setiap pelakonnya... bagaimana jika drama itu kita yang hadapi... Samaada kita adalah Nora Elina, Seth atau pun Eid... mesti sukar untuk merungkaikan apa yang sedang kita alami itu bukan... melainkan biarkan saja semuanya berlaku... mungkin jalan cerita akan berbeza... namun... kenyataannya... kita hanya manusia biasa... tidak mampu melihat isi hati manusia lain... hati kita... hanya kita yang rasa...
"Andai kau tahu apa yang kurasa..."


10 comments:
setiap apa yg telah & bakal terjadi kpd diri kita & orang sekeliling telah ditetapkan oleh Illahi sejak dari azali lagi....
sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yg terbaek untuk hamba-hambaNya...
*best laa cite ni... sweet sangat..hihihi
eclipsesweet : namun kita masih boleh merubahnya dengan berdoa pada Allah... :)
best kan cite ni. seth tan sgt cool
AesyaZealous : yup... banyak buatkan terfikir... :)
xpernah lagi nengok cerita ni.... :)
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine : hehe...sekadar mengisi masa lapang dan berfikir... :)
drama... novel.. semuanya berkisarkan kisah realiti.. :)
Encik MamaT : hanya yang melalui akan tahu peritnya rasa itu... yang hanya menonton atau membaca... hanya merasai keseronokkannya... :)
baguslah ulasan awak..buat saya nak tgk plak cite nih..kehkeh..tgu la lepas abes exam br layan :)
alexa yussida : sekadar cuba meletakkan diri dalam setiap peranan tersebut... :)
bg abeh exam dlu bru layan k...hehe...semoga berjaya... :)
Post a Comment