Thursday, August 11, 2011

Hibernasi~

"Mana dia pergi...? lama aku tak nampak..." melihat sekeliling.

"Oh... dia dah takde... aku hibernasikan dia... selamat aku simpan di dalam peti di jurang yang dalam... tebing tinggi sekali... tak mungkin sesiapa dapat sampai ke situ... kecuali aku yang hantar..."

"Kenapa kau hibernasikan dia...?" termanggu sendiri.

"Supaya dia tak ganggu kau lagi... supaya dia diam di situ... sekarang aku yang kawal dia... dia degil... keras kepala... aku takut dia buat sesuatu yang boleh rosakkan kau... aku kena halang dia..."

"Tapi sampai bila kau nak biarkan dia di situ...?" tenang.

"Aku sendiri tak pasti... mungkin sampai dia betul-betul berputus asa tentang kau... atau buat selamanya aku benamkan saja dia di situ... kerna aku tahu... tak semudah itu dia nak lepaskan kau pergi... tapi kau jangan risau... aku kenal dia... aku pasti boleh kawal dia sebaiknya...

kerna aku dan dia adalah satu..."


38 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

makin jauh melarikan diri, rase nye semakin dekat kn.. cewwahhh.. hehee... nak berhibernasi jap la :)

PenjuruKosong said...

biarkan dia berhibernasi..
asal kamu selesa gn diri sekarang~

~Kenanga Suchi~ said...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine:
aku selalu lari...
tapi pasti kembali...


tidak perlu andai tiada keperluan~

~Kenanga Suchi~ said...

CassiaSiamea:
ya...
aku selesa di sini...
biar dia yang berhibernasi...
agar tak mengganggu yang lain~

Umie Nadhirah said...

jauh dimata,
dekat dihati =)

Akulah Pak Lan said...

Nafsu?

~Kenanga Suchi~ said...

Umie Artoqiemie:

selalu dekat~

=)

~Kenanga Suchi~ said...

Akulah Pak Lan:

boleh juga ditafsir begitu~

=)

ORLANDO AHMAD said...

selalu berhibernasi selepas subuh...

~Kenanga Suchi~ said...

ORLANDO AHMAD:

itu hibernasi lain...
kurang bagus diamalkan...

:D

monologtinism said...

kamu dan dia adalah satu..

kalau begitu jangan biar dia berhibernasi lama lama

~Kenanga Suchi~ said...

monologtinism:

tanpa dia...
aku pasti masih hidup...
aku tetap sayang dia...
dia nyawa aku...
tapi aku tak pernah mati tanpa dia...

aamalinaazman said...

nafsu kah? =)

~Kenanga Suchi~ said...

mungkin~

=)

Unknown said...

jangan terlalu memaksa dengan kasar, sayang. :)

vampire's lovex said...

berilusinasi dengan diri sendiri ??

aku tak suka bercakap dgn diri sndiri..huuuuuu...

Cikli said...

beruang berhibernasi pada musim sejuk. sebelum tu dia makan banyak-banyak.
ada orang puasa buat macam ni ke?

~Kenanga Suchi~ said...

dayya:

aku sudah cuba perlahan dayya...
tak berdaya...
aku paksa 'dia' akhirnya...
biar lepaskan dia...

~Kenanga Suchi~ said...

vampire's lovex:

err... aku cakap dengan dia...
bukan diri aku...
dia yang diri aku suka~

~Kenanga Suchi~ said...

Cikli:

bangun-bangun bertukar jadi beruang cemana :|

Mashe said...

dia akan kembali. percaya lah...

~Kenanga Suchi~ said...

Siti Mashitah Saidin:

mungkin tidak...
aku berharap...
agar dia tidak merampas kembali apa yang dia mahu~


memijak bahagia orang lain...
bukan jalannya~

lavender harum wangi said...

hapuskan terus. kalau hibernasi, musim panas nanti dia kembali lagi.

si para para said...

titikkan sahaja ayat itu.

ewanthology said...

jangan kalah dengan 'dia'

~Kenanga Suchi~ said...

lavender harum wangi:

sayang nak hapuskan...
kalau dia terhapus...
aku mungkin mati sekali~

~Kenanga Suchi~ said...

si para para:

perlukan masa~

~Kenanga Suchi~ said...

delarocha:

aku cuba...
moga2 kekal menang~

feyza said...

cewahhhh

kita bersatu =D

~Kenanga Suchi~ said...

Miscellaneous Smiles:

hahaha...

sudi ke~

intan.maisarah said...

awak ok?

Anonymous said...

jika benar satu usah dirisau lagi ;)

~Kenanga Suchi~ said...

intan.maisarah:

mungkin...


sudah tidak pasti~

~Kenanga Suchi~ said...

skandaLdariLangit:

satu yang terpaksa jadi dua...

sedikit sedih~

lavender harum wangi said...

lulz, kalau macam tu selamat menjinakkan-nya :)

~Kenanga Suchi~ said...

lavender harum wangi:
sedang berusaha~

=)

Puteri said...

skali skala berhibernasi itu memang bagus..tapi jangan terlalu lama..takut nanti hilang nyawanya..

~Kenanga Suchi~ said...

Puteri:
simpan nyawa untuk bgn kembali~

=)