Aku pandang tepat mukanya. Dia mendongak. Buat muka kasihan. Huh! Aku capai pantas pistol itu. Acukan tepat ke kepalanya. Kali ini kamu pasti takkan terlepas lagi. Akan ku bidik tepat hingga kau mati tak bernyawa. Dia terjatuh melutut. Tepat di kaki aku. Mohon aku berikan peluang kedua. Peluang lagi! Aku letih. Ingin saja aku tamatkan semuanya. Biar aku benam sedalam-dalamnya kamu. Agar tiada lagi bermuka-muka denganku. Tiba-tiba aku tersentak. Pistol di tangan terlepas ke lantai. Aku jatuh. Melutut di depannya. Serentak itu empangan yang berkaca pecah berderai. Esakan aku memenuhi ruang. Dia kaget. Angkat wajah pandang aku. Hairan. Diam. Aku maafkan kamu. Hukuman bukan di tangan aku. Aku akur. Aku juga punya khilaf yang belum tentu Tuhan ampunkan. Ya, setiap orang wajar untuk diberi peluang kedua. Aku pegang ini. Kerna manusia pasti ada khilafnya. Beri masa dan peluang untuk dia tuju arah kebaikan itu. Percaya itu perlu ada jika ingin ubah keadaan. Buang rasa sangsi. Aku juga perlu peluang kedua itu. Untuk mara ke depan. Perlahan-lahan aku acukan senjata itu ke kepalaku. Lantas picu ditarik dan tembakan aku lepaskan. Selamat tinggal~ Moga muncul nyawa baru~


26 comments:
wah...
acukan pistol utk siapakah ini?
aimie amalina:
Hehehe... kat diri sendiri~
tak baik bunuh diri.bunuh cicak xpe
ya berilah peluang.
sukar rarsanya, tapi tidak mustahil.
berusaha untuk buang segala rasa negatif. buang watak antagonis. jadi watak protagonis
semoga Allah mempermudahkan segala urusan~=)
Sometimes 2nd chance is a way for us to forgive others
Pembunuh Tanpa Bayang:
beri peluang?
entah kenapa hati terlalu keras untuk itu.mungkin merasakan diri tidak cukup yakin untuk terima risiko.
mungkin.
bukan tugas manusia untuk menghukum
acukan kat aku..=(
beri peluang pada diri sendiri dengan bunuh diri?
hum. mungkin kena revise balik. ada cara laen.
bukan bidang kita nak menghukum orang,,,tapi kalau dah bengang sangat camne ??? cne ???
hooooo
sebenarnya, peluang kedua tak pernah ada. supaya manusia boleh belajar dengan hukuman yang tegas.
owh thanks atas peluang kedua itu
pasti dah bersedia...? rasanya adik dah... :) jom?
penjajah minda: bukan ingin bunuh jasad.
sekadar bunuh jiwa yang sudah rosak.
agar dapat ganti dengan jiwa baru yang lebih suci.
monologtinism:
kamu memahami sekali.
yang ingin dibuang adalah jahat dalam diri.
agar muncul kebaikan selamanya.
Akulah Pak Lan:
ya.
dengan memaafkan jiwa akan tenang.
Pembunuh Tanpa Bayang:
cuba.
dan yakinkan diri.
insyaAllah.
pasti temu jalan.
delarocha:
benar.
kita tak layak hukum manusia.
Miscellaneous Smiles:
erkk...
lain kali laa...
:P
dayya:
bukan bunuh jasad.
bunuh jiwa yang kotor.
=)
vampire's lovex:
sabar dalam bersabar.
=)
Encik Psychopath:
mungkin juga.
jika diberi yang kedua.
masih lagi ingkar.
ORLANDO AHMAD:
sama-sama.
Bidadari Syurga:
jom kanda.
kita mula langkah.
=)
aku ambil langkah yg serupa..kerana kekhilafan diri kurasakan diri sendiri tidak layak utk peluang kedua.
lebih baik ditamatkan keduanya
Puteri:
tamat dan mulakan.
Post a Comment