Bicara tentang hubungan tempoh hari, buat aku terfikir tentang cabaran. Manusia lebih gemar hubungan complicated itu. Kononnya manusia obseskan cabaran. Dia bakal mendabik dada pabila berjaya atasi cabaran yang mencabarnya. Namun jika terlampau tercabar dek cabaran yang mencabar, manusia lupa. Dia selalu rapuh dan goyah. Sukar setia berpegang pada paksi hakiki. Bukan ingin menafikan. Memang cabaran juga yang ajar manusia lebih tabah. Janji dia kuat pegang pada paksi hakiki yang Tuhan lakarkan. Untuk tidak terpesong ke landasan lain yang indah sementara. Ya. Bahagia sementara itu selalu ada. Asal cari pasti jumpa. Tapi. Bahagia hakiki? Belum pasti.


26 comments:
bahagia hakiki
yang di nanti menghiasi taman hati
itulah yang payah utk di cari...
mari mncari y hakiki
aimie amalina:
payah dan sukar.
usaha pasti temu juga jalan bahagia.
bahagia hakiki.
Miscellaneous Smiles:
ayuh.
mulakan langkah.
kalau bahagia yang hakiki,
cuma hubungan dengan DIA
yang perlu kita cari-cari.
cinta manusia,
belum tentu
hingga syurga.
cinta DIA,
sudah pasti
syurga ganjarannya.
hubungan jenis ini
yang paling banyak
Cabaran-nya :)
bagaimana untuk mencari kebahagian tu ek... adakah semua orang akan mngecapinye???
venus:
cabaran yang selalu kita tewas.
hubungan dengan DIA.
tapi selalu diambil mudah bukan.
yang lebih dipentingkan.
hubungan dengan manusia.
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine:
bahagia untuk kita ada.
yakinlah.
usaha.
doa.
tawakal.
Tuhan Maha Penyayang.
=)
selalu alpa.
leka dengan bahagia yang sementara,
sedangkan bahagia hakiki itu yang menjamin kebahagiaan sebenar disana nanti
semoga kuat wahai hati-hati
Tuhan jadikan pasangan kamu dari kalangan kamu kerana tarikan yang ada pada spesies sendiri lebih kuat.
Sebab itu cinta manusia kepada manusia lebih didamba dari cinta manusia kepada Tuhan.
Meski manusia tahu cinta sesama manusia lebih sakit berbanding bercinta dengan Tuhan.
hubungan complicated.
hmm
sarah dah serik
makin menjauhkan diri
dengan segalanya
monologtinism:
kita kecap nikmat yang sementara.
lupa bahagia hakiki yang semakin jauh.
hati teguh mahunya.
dayya:
kononnya kuat untuk menangkis sakit cinta manusia.
cinta Tuhan di tolak ketepi.
sedangkan hakikatnya.
itulah sumber kekuatan sebenar.
intan.maisarah:
serik tu terkadang muncul juga sarah.
tapi orang yang degil seperti aku.
selalu mahu melawan serik.
cabaran la sangat. dah tergolek br mempersoalkan. tulah manusia.
tawakkal sahaja...
Encik Psychopath:
hehe.
dah tersembam baru nak sedar.
itu manusia.
RepublicAku:
harus usaha dulu.
=)
moga Dia mahu terus jaga hati kita2 ni . InsyaAllah . =)
cabaran membangkitkan stress dan memacu motivasi
aku dahagakan bahagia hakiki.
dan yang pasti bahagia itu subjektif..terpulang pada hati..
HEROICzero:
moga-moga.
kita juga usaha bendung.
Cikli:
itu yang selalu jadi pada ku.
kadang berjaya juga.
hanaahmad:
sama seperti aku.
moga akan tiba jua.
Puteri:
terpulang pada penilainya.
Post a Comment