Kamu punya ego? Pasti ada, bukan. Bezanya cuma tinggi atau
rendahnya egomu itu. Bagi aku, egoku terlalu sukar aku tundukkan. Pantang aku, jika ada yang mahu memperlekeh. Tidak kira zahir atau
batin. Kerna itu aku usaha untuk tidak memperlekeh yang lain. Kita punya kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Belajar untuk menerima. Mungkin itu sebabnya, aku
tidak merelakan diriku dihina. Anehnya, bagi beberapa orang yang pernah
hadir dalam hidupku, terlalu mudah aku lenturkan egoku demi dia. Dan ketika
itu, aku akan jadi lembut di hati. Apa saja sanggup aku lakukan deminya. Walau sendiri yang tersakiti.
Terfikir juga aku, ujian Ilahi kali ini. Mungkin kerna
DIA mahu ajar aku supaya lebih sabar hadapi karenah yang lain
padaku. Mahu ajar aku supaya lebih bijak bermain ego sendiri juga dalam
mengawalnya. Supaya aku tak lagi mudah tunduk pada ego yang liar menguasai diri.


15 comments:
ego tak salah.cuma kena pandai letak pada tempat dan situasi yang betul.
aku sendiri tak tau part mana aku mesti tundukkan ego aku.pada hal2 yang tak terduga egoku lebih pantas menguasai aku.
sebenarnya ego sangat penting dalam mempertahakan keyakinan diri.
penjajah minda:
ya.
kadang ego itu penting juga.
supaya tak terus ditindas.
cuma harus seimbang meletaknya.
jgn sampai ia yg menguasai lebihi akal.
ghost writer:
aku setuju sama kamu ghost.
ego aku sebenarnya untuk mempertahankan diri.
cuma terkadang aku leka.
biarkan ia di luar kawalan akal.
aku selalu terlayan ego, terlupa emo
aku bersetuju dengan Ghost, tapi dalam satu hal, kita juga perlu saling bertolak ansur dan membuang sedikit rasa ego itu agar masalah yang ada mudah terlerai.
aku kelihatan ego kadang-kadang bergantung pada situasi.
tak suka tapi tak tahu bagaimana untuk membuangnya
Pembunuh Tanpa Bayang :
ego.
aku memerlukan ego ini untuk teruskan hidup tanpa mudah untuk menyerah pada kekalahan dunia.
pernah kau menari rentak ego kau sendiri ?
hasil nya pasti lebih indah berbanding kau menari atas lantai orang lain .
kadang ia perlu . ia melengkapkan kita , sekadar mahu .
kau cuba lah . =)
ego
hurmm
x tahu tahap ego ni di mana
sebab selalu biarkan org memijak2
ego itu perlu. tapi bertempat.
ego itu perlu. tapi bertempat.
masih tercari-cari tempat untuk buang ego diri aku.
*senyum*
kerana fitrahnya wanita lembut dan halus jiwanya. walau tidak semua begitu, kita berdua merupakan salah satu diantara yg beribu.
ah, jika diulit kisah semalam, pasti byk yg boleh dikongsi. tapi biarkanlah, kerana yg dihadapan lebih cerah, dan pasti membahagiakan. insyaAllah..
p/s :
i ddnt mean to critic anytin, jz in m opinion, ur new blog is quite heavy with widgets. even if wer amatur, stil we can help readers to focus on our writings so tht we can successfully deliver wht we wnt to deliver. goodluck :)
adeh. dear, yg ps tu macy tules ta perasan sala cmment box. ahh selalu cmni sbb bukak byk2 window. haha. sori!
Post a Comment