Teringat
saat pertama aku kenali perkataan ini tika di bangku sekolah. Sudah lupa tika di
darjah berapa. Seingat aku, tika itu yang menjadi kegilaan kami adalah
bertukar-tukar mencipta permainan kata. Pernah satu hari, aku tewas pada teka
silang kata ciptaan temanku. Kerna perkataan inilah, akur. Jujur, waktu itu
memang belum pernah aku baca atau dengar di mana-mana perkataan itu. Memang
jelas ternyata aku kurang pembacaan. Kurang pembacaan luar dari buku-buku teks
dan rujukan sekolah. Petang itu, seusai saja pulang ke rumah, terus aku ambil
kamus dan mencari makna di sebalik perkataan akur itu. Ya, aku temui maknanya,
patuh itu akur rupanya. Kagum aku sama teman itu. Itu kelebihannya, ditambah
pula ibunya sendiri guru bahasa. Memang lebih kedepanlah dia bermain bahasa
ketika itu di zaman hingusan kami. Aku terkenang~
Jika mampu aku pinta pada Tuhan, untuk kembali semula ke zaman dulu. Untuk aku perbetulkan kembali arah tuju hidupku. Tapi, mana mungkin masa bisa diputarkan kembali. Yang dulu itu hanya tinggal sebagai pengalaman buat pengajaran di hari ini.


6 comments:
:)
kenangan itu memori yang buat kita rindu...heee...bestnya dapat kembali zaman sekolah
Pembunuh Tanpa Bayang:
kalau waktu boleh di kembalikan,aku mahu saja mengubah haluan aku yang dulu.
kurang2 dari permainan itu , kamu tahu maksud perkataan akur , kan ? setiap yg berlaku tu bersebab .
biar kalah , kamu masih dapat sesuatu . itu yg harus kamu ingat . =)
setuju , pengalaman adalah pengajaran yang terbaik .
terus sahaja kehidupan kamu dengan segala kenangan yang mengindahkan, jangan pernah sekali lupa jika ia memberi satu ajaran berguna buat kamu. :)
semalam sejarah.esok masa depan.hari ini nikmat.
heeee
lbh krg dgn entri mimi =]
Post a Comment