Sudah dua tahun berlalu episod itu berlalu. Hati yang pernah parah dulu, kini semakin kental. Sepanjang dua tahun juga pelbagai kesakitan, kemanisan, kekusutan dan ketenangan yang aku lalui. Semuanya terlalu berharga untuk dilupakan. Dan aku akui, hikmah yang tersembunyi dulu, kini terlerai. Syukur untuk ketabahan yang DIA kurniakan. Juga terima kasih kerna kurniakan sahabat yang indah-indah buat menemani aku yang pernah rebah.
Lupakan dia? Mungkin tidak. Kerna kotak kenangan masih tersimpan rapi jauh di lubuk hati. Hanya sekadar doa yang mampu aku kirimkan buat dia yang bersemadi di dunia sana. Tidak bersama dia, bukan sesuatu yang aku kesalkan lagi. Itu sudah tertulis dan aku redha. Dengan siapa bakal aku lukiskan kenangan juga, aku serahkan padaNYA.
Mahu hargai hidup sebelum tiba ke garisan terakhir.

5 comments:
hi syng
mungkin suatu masa nnti ko tersnyum riang smbil mngimbas kmbali kenngn 2 tahun lalu..moga saja ! :)
KAMU, kelihatan lebih ceria. Warna menggambarkan emosi kan? :)
semoga terus aktif tersenyum, bahagia. Bukan sekadar berpura-pura. :)
Pembunuh Tanpa Bayang :
lama aku tidak kesini...
kau sudah berhenti menulis?
@feyza : hi syg :)
@saddlone : makin diimbas, makin berair luka di hati :)
@dayya : aku sendiri keliru. pura-pura dah makin sebati dalam diri :)
@pisau belati : rindu kamu. rehat sebentar dr lelahnya meratap sendiri. :)
Post a Comment