Tapi ada juga manusia yang masih bahagia
Kelihatan seperti kurangnya ujian pada dia
Malah bertambah-tambah rezeki dan kebahagiaannya
Maka semakin lupalah dia akan erti kesyukuran
Awaslah!
Bila Tuhan sudah mula menambah nikmat hidup
Sedangkan diri semakin tenggelam dalam dosa noda
dan semakin jauh dari landasan yang sebenarnya
Itulah mehnah yang paling menggerunkan di dunia
Dia merasakan Tuhan itu terlalu cintakannya
Membuka ruang hidup dengan segala kemudahan
Lantas dia semakin leka dan lalai menikmati limpahannya
........................................................................................................................................
Allah berfirman di dalam ayat
182 Surah Al-A'raf : "Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat
Kami (Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka
itu dengan beransur-ansur } sedang mereka
tidak tahu."
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak'
telah mengulas mengenai ayat 182 Surah
Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman : Setiap kali mereka
menambah/ membuat/ membaharui maksiat yang baru maka setiap itu Aku (Allah)
membaharui/ menambah/ membuat nikmat ke atas mereka".
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat
44 - 45 surah Al-An'am :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulullah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am).
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada
mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat
dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan) yang
mereka perdapat itu, lalu dengan sekonyong-konyong Kami siksa mereka,
sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah
akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam"
-45-
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulullah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am).
........................................................................................................................................
Suatu ketika dulu,
pernah aku dikurniakan pelbagai nikmat hidup
oleh Al-Wahhab yang Maha Pemberi
Kejayaan demi kejayaan aku genggami
Rezeki juga tak segan mendatangi aku
Tapi kesyukuran aku kurang sekali
Mungkin ada secebis dua di bibir
Hanya sekadar lafaz tapi bukan tingkah
Kejayaan dan rezeki buat aku lupa
Lupa untuk membalikkan pada DIA
Sikit demi sikit aku jauh melangkah
Ke dunia yang kononnya 'enjoy'
Bila sudah berkali-kali tersungkur
dalam mengejar bahagia duniawi
aku semakin sedar dari mimpi
hati dan jiwa semakin kosong
Nikmat dulu itu rupanya bersalut racun dan aku terlalu megah menjilatnya hingga membunuh jiwaku sendiri.
Syukur
Sekurangnya Allah masih beri aku peluang untuk menyelami tazkiyatun nafs detik ini.
Semoga di hari depan, aku akan mampu menepis godaan hati yang cintakan dunia fana. Moga kita semua dijauhi dari ISTIDRAJ ini. InsyaAllah~
Wallahua'lam.


6 comments:
suke dgr peringatan akak ni :)
moge mimi kuat lag mnjalani dugaan ni
huuuu...
mimi: insyaAllah sayang. jika di landasan yang betul. yg indah itu pasti milik kita walau sakit perit mendahului. :)
ceq ada cerita juga pasal istidraj di blog saya. dulu saya selalu remeh2kan benda ni. tapi saya takut diri saya sendiri yang ditimpa kesusahan nanti. tapi tak tahulah betula tau tidak fahaman & huraian saya di blog tu. mudah mudahan tak silap.
dan baca post ni buatkan saya lebih faham =)
pernah sekali terleka dengan nikmat yang diberiNya.
bila terjatuh, langsung payah untuk bangun kembali. sangat payah.
cukupla sekali terleka, tak mahu ulang lagi.
nub:
dah baca. rasanya apa yang kita faham tu adalah sama nub.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah dari Istidraj.
:)
monologtinism:
ya. mmg sgt payah utk bangkit semula.
semoga hari depan kita lbh berhati-hati. insyaAllah~
Post a Comment